Saturday, December 29, 2012

Sirap ubat batuk maut disiasat

LAHORE: Pihak berkuasa sedang menyiasat sirap ubat batuk dipercayai membunuh 33 orang di timur Pakistan sejak tiga hari lalu, kata seorang pegawai kerajaan semalam, kali kedua sejak beberapa bulan kebelakangan ini ubatan disyaki itu menyebabkan banyak kematian.

Juga semalam, sebuah bas penumpang meletup ketika berada di sebuah terminal di bandar selatan Karachi, mengorbankan empat orang dan mencederakan 40 lain, kata polis dan pihak berkuasa hospital. Tidak jelas jika letupan disebabkan bom atau silinder gas.

Kematian akibat ubat batuk berlaku di Gujranwala dan perkampungan di sekitar bandar itu, kata Abdul Jabbar Shaheen, pegawai pentadbiran atasan di sana. Tambahan 54 orang dirawat di hospital di bandar itu yang dipercayai minum sirap terbabit. Mereka yang menjadi mangsa adalah buruh atau penagih dadah yang minum ubat itu untuk khayal, kata Shaheen. – AP

Tuesday, December 18, 2012

Penduduk kampung pindahkan kubur unik



SEKUMPULAN orang termasuk penduduk kampung menyaksikan sebuah kubur di atas bukit di kawasan pembinaan sebuah bangunan di Taiyuan semalam.



TAIYUAN - Beberapa penduduk kampung bertindak memindahkan sebuah kubur yang terletak di atas sebuah bukit setinggi 10 meter di sebuah kawasan pembinaan sebuah bangunan kediaman di sini semalam.
Kubur tersebut terletak di atas bukit berkenaan tujuh bulan selepas kerja-kerja pembinaan bangunan berkenaan bermula.

Empat keranda digunakan untuk membawa tulang si mati yang dikebumikan di atas bukit tersebut pada tahun 2004.
Keluarga si mati dengan bantuan beberapa penduduk kampung memindahkan kubur berkenaan di sebuah lokasi yang tidak didedahkan.

Sebelum ini pihak media membuat spekulasi keluarga si mati bakal memperoleh pampasan sebanyak AS$160,400 (RM489,485).

Terdapat juga laporan media yang menyatakan, keluarga si mati menunggu tarikh yang dianggap bertuah untuk memindahkan kubur berkenaan. - Agensi

Sumber Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1219&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2FSHULgg1

126 spesies baru ditemui

Kombinasi gambar antara spesies baru ditemui di Lembah Mekong, dari atas  ikan keli   ‘boleh berjalan’, ikan kecil berwarna terang dan katak yang boleh menyanyi seperti burung.  


 
 
Kombinasi gambar antara spesies baru ditemui di Lembah Mekong, dari atas ikan keli ‘boleh berjalan’, ikan kecil berwarna terang dan katak yang boleh menyanyi seperti burung.
 
Bangkok: Saintis mengenal pasti sekurang-kurangnya 126 spesies baru tumbuhan, burung, katak, kelawar dan ikan di Lembah Mekong, kata Tabung Hidupan Liar Dunia (WWF) di dalam laporan terbarunya.

Pengurus WWF bagi projek Khas Lembah Mekong Nick Cox, berkata, antara spesies terbaru yang ditemui termasuk sejenis katak boleh menyanyi seperti burung, spesies ikan keli boleh ‘berjalan’, ular kapak mata merah dan pelbagai jenis bunga.

Katanya penemuan 126 spesies baru itu dilaporkan di wilayah Lembah Mekong dinegara Thailand, Kemboja, Myanmar, Vietnam Laos dan wilayah Yunnan di barat laut China.


Penemuan baru

“Penemuan spesies baru ini satu berita baik, namun kami berdepan cabaran sukar untuk mengekalkan spesies dan memulihkan alam sekitar kerana pelbagai masalah.

“Pembinaan stesen jana kuasa elektrik, penebangan hutan dan perubahan cuaca adalah ancaman kepada spesies baru untuk terus hidup,” katanya.

Cox berkata spesies kelawar hidung besar ditemui di Vietnam, bergantung kepada hutan tropika dan kehilangan habitat semula jadi mengancam kehidupannya dengan cepat.

Spesies lain seperti ular sawa ekor pendek yang ditemui di Myanmar, menghadapi masalah pemburuan haram untuk daging dan kulitnya. - Agensi

sumber :  http://www.bharian.com.my/bharian/articles/126spesiesbaruditemui/Article

Monday, December 3, 2012

Patriotic Iraqi Membina Helikopter Untuk Negara


BAGHDAD 3 Dis. - Seorang lelaki warga Iraq yang prihatin terhadap keselamatan negaranya, membelanjakan hampir 30 juta dinar (RM73,188) untuk membina sebuah helikopter sendiri bagi tujuan tersebut.

Hatim Kadim Salman, 59, membina helikopter itu di Muqdadiyah, bandar yang terletak kira-kira 97 kilometer ke utara Baghdad dan dihuni kira-kira 300,000 orang.

Salman menamakan helikopter ciptaannya itu sebagai Diyala 1, sempena nama wilayah tempat kelahirannya.
Diyala 1 jauh lebih murah daripada helikopter gempur Apache yang digunakan tentera Britain di Afghanistan dan Iraq yang berharga kira-kira AS$20 juta (RM61.4 juta) sebuah.

Helikopter itu juga hanya mempunyai dua bilah kipas berbanding empat yang dimiliki pesawat Apache.
Pesawat udara ciptaan Salman itu juga tidak dilengkapi sebarang senjata, berbanding Apache yang memiliki pelbagai jenis senjata, termasuk peluru berpandu udara ke udara dan peluru berpandu anti kereta kebal.

Dilaya 1 dicat dengan warna biru terang, sama seperti warna langit bagi membolehkannya terbang di udara tanpa disedari.

Walaupun telah berhabis wang sehingga berpuluh-puluh juta dinar, Salman sendiri tidak pasti sama ada helikopternya itu mampu terbang atau tidak. - AGENSI

Sunday, December 2, 2012

Hotel ais di Sweden

Bina hotel ais di Sweden


BEBERAPA orang menyiapkan sebuah bangunan hotel ais di Jukkasjarvi pada 16 November lalu.


KIRUNA, Sweden - Sebuah hotel baharu ais di Jukkasjarvi yang terletak 12 kilometer dari Lapangan Terbang Kiruna di sini dibina sejak 16 November lalu.

Hotel tersebut dibina pada setiap tahun dengan menampilkan reka bentuk bangunan gaya baharu.
Ia mempunyai beberapa buah bilik yang ditawarkan kepada para pelancong. - Agensi

Puntianak dipercayai berkeliaran di kampung Serbia


KINCIR air yang musnah dan dipercayai menjadi tempat tinggal puntianak di Kampung Zarozje, Serbia.


BELGRADE - Penduduk di Kampung Zarozje, dekat bandar Bajina Basta, Serbia percaya terdapat puntianak yang menghisap darah sedang berkeliaran dan mereka kini hidup dalam ketakutan.

Seorang anggota majlis tempatan memberi amaran kepada penduduk kampung itu supaya membawa bawang putih di dalam saku dan lambang salib di bilik rumah mereka bagi mengelak kehadiran puntianak.
Mereka kini dilanda ketakutan tentang kehadiran puntianak legenda yang bernama Sava Savanovic.

"Kisah Savanovic merupakan satu legenda tetapi beberapa perkara ganjil telah berlaku sejak kebelakangan ini," kata seorang suri rumah, Milka Prokic yang memegang bawang putih di tangannya.

"Kami mewarisi legenda itu daripada nenek moyang dan kami menghidupkannya untuk generasi muda," tambahnya yang berusia 55 tahun.

Kewujudan puntianak itu berkeliaran di kampung tersebut tersebar selepas sebuah kincir air di Sungai Rogacica di kampung tersebut runtuh beberapa bulan lalu.

Kincir itu dipercayai menjadi tempat tinggal puntianak tersebut.
Justeru, puntianak itu kini berkeliaran selepas kincir air yang menjadi tempat tinggalnya musnah.
Puntianak itu kini marah kerana terpaksa mencari tempat untuk menggantung pakaiannya.

Beberapa penduduk mendakwa mereka mendengar bunyi daun-daun kering di hutan dipijak dan suara ganjil datang dari puncak sebuah kawasan pergunungan.

Kawasan pergunungan itu dipercayai menjadi tempat puntianak itu dibunuh dengan pancang tajam yang menembusi jantungnya.

Namun, puntianak tersebut masih hidup dalam bentuk roh seperti menjadi rama-rama.
Beberapa penduduk menyatakan mudah bagi orang di luar kampung itu untuk mentertawakan mereka ekoran kisah tersebut.

"Baru-baru ini, lima orang telah mati selepas seorang demi seorang di dalam komuniti kita" kata seorang anggota majlis perbandaran, Miodrag Vujetic. - Agensi