Juga semalam, sebuah bas penumpang meletup ketika berada di sebuah terminal di bandar selatan Karachi, mengorbankan empat orang dan mencederakan 40 lain, kata polis dan pihak berkuasa hospital. Tidak jelas jika letupan disebabkan bom atau silinder gas.
Saturday, December 29, 2012
Sirap ubat batuk maut disiasat
LAHORE: Pihak berkuasa sedang menyiasat sirap ubat batuk
dipercayai membunuh 33 orang di timur Pakistan sejak tiga hari lalu,
kata seorang pegawai kerajaan semalam, kali kedua sejak beberapa bulan
kebelakangan ini ubatan disyaki itu menyebabkan banyak kematian.
Juga semalam, sebuah bas penumpang meletup ketika berada di sebuah terminal di bandar selatan Karachi, mengorbankan empat orang dan mencederakan 40 lain, kata polis dan pihak berkuasa hospital. Tidak jelas jika letupan disebabkan bom atau silinder gas.
Kematian akibat ubat batuk berlaku di Gujranwala dan perkampungan di
sekitar bandar itu, kata Abdul Jabbar Shaheen, pegawai pentadbiran
atasan di sana. Tambahan 54 orang dirawat di hospital di bandar itu yang
dipercayai minum sirap terbabit. Mereka yang menjadi mangsa adalah
buruh atau penagih dadah yang minum ubat itu untuk khayal, kata Shaheen.
– AP
Juga semalam, sebuah bas penumpang meletup ketika berada di sebuah terminal di bandar selatan Karachi, mengorbankan empat orang dan mencederakan 40 lain, kata polis dan pihak berkuasa hospital. Tidak jelas jika letupan disebabkan bom atau silinder gas.
Tuesday, December 18, 2012
Penduduk kampung pindahkan kubur unik
TAIYUAN - Beberapa penduduk kampung bertindak memindahkan sebuah kubur yang terletak di atas sebuah bukit setinggi 10 meter di sebuah kawasan pembinaan sebuah bangunan kediaman di sini semalam.
Kubur tersebut terletak di atas bukit berkenaan tujuh bulan selepas kerja-kerja pembinaan bangunan berkenaan bermula.
Empat keranda digunakan untuk membawa tulang si mati yang dikebumikan di atas bukit tersebut pada tahun 2004.
Keluarga si mati dengan bantuan beberapa penduduk kampung memindahkan kubur berkenaan di sebuah lokasi yang tidak didedahkan.
Sebelum ini pihak media membuat spekulasi keluarga si mati bakal memperoleh pampasan sebanyak AS$160,400 (RM489,485).
Terdapat juga laporan media yang menyatakan, keluarga si mati menunggu tarikh yang dianggap bertuah untuk memindahkan kubur berkenaan. - Agensi
Sumber Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1219&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2FSHULgg1
126 spesies baru ditemui
Pengurus WWF bagi projek Khas Lembah Mekong Nick Cox, berkata, antara spesies terbaru yang ditemui termasuk sejenis katak boleh menyanyi seperti burung, spesies ikan keli boleh ‘berjalan’, ular kapak mata merah dan pelbagai jenis bunga.
Penemuan baru
“Penemuan spesies baru ini satu berita baik, namun kami berdepan cabaran sukar untuk mengekalkan spesies dan memulihkan alam sekitar kerana pelbagai masalah.
“Pembinaan stesen jana kuasa elektrik, penebangan hutan dan perubahan cuaca adalah ancaman kepada spesies baru untuk terus hidup,” katanya.
Cox berkata spesies kelawar hidung besar ditemui di Vietnam, bergantung kepada hutan tropika dan kehilangan habitat semula jadi mengancam kehidupannya dengan cepat.
Spesies lain seperti ular sawa ekor pendek yang ditemui di Myanmar, menghadapi masalah pemburuan haram untuk daging dan kulitnya. - Agensi
sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/126spesiesbaruditemui/Article
Monday, December 3, 2012
Patriotic Iraqi Membina Helikopter Untuk Negara
BAGHDAD 3 Dis. - Seorang lelaki warga Iraq yang prihatin terhadap keselamatan negaranya, membelanjakan hampir 30 juta dinar (RM73,188) untuk membina sebuah helikopter sendiri bagi tujuan tersebut.
Hatim Kadim Salman, 59, membina helikopter itu di Muqdadiyah, bandar yang terletak kira-kira 97 kilometer ke utara Baghdad dan dihuni kira-kira 300,000 orang.
Salman menamakan helikopter ciptaannya itu sebagai Diyala 1, sempena nama wilayah tempat kelahirannya.
Diyala 1 jauh lebih murah daripada helikopter gempur Apache yang digunakan tentera Britain di Afghanistan dan Iraq yang berharga kira-kira AS$20 juta (RM61.4 juta) sebuah.
Helikopter itu juga hanya mempunyai dua bilah kipas berbanding empat yang dimiliki pesawat Apache.
Pesawat udara ciptaan Salman itu juga tidak dilengkapi sebarang senjata, berbanding Apache yang memiliki pelbagai jenis senjata, termasuk peluru berpandu udara ke udara dan peluru berpandu anti kereta kebal.
Dilaya 1 dicat dengan warna biru terang, sama seperti warna langit bagi membolehkannya terbang di udara tanpa disedari.
Walaupun telah berhabis wang sehingga berpuluh-puluh juta dinar, Salman sendiri tidak pasti sama ada helikopternya itu mampu terbang atau tidak. - AGENSI
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121204/lu_06/Lelaki-bina-helikopter#ixzz2E2ZB4Axg
© Utusan Melayu (M) Bhd
Sunday, December 2, 2012
Hotel ais di Sweden
Bina hotel ais di Sweden
KIRUNA, Sweden - Sebuah hotel baharu ais di Jukkasjarvi yang terletak 12 kilometer dari Lapangan Terbang Kiruna di sini dibina sejak 16 November lalu.
Hotel tersebut dibina pada setiap tahun dengan menampilkan reka bentuk bangunan gaya baharu.
Ia mempunyai beberapa buah bilik yang ditawarkan kepada para pelancong. - Agensi
Puntianak dipercayai berkeliaran di kampung Serbia
BELGRADE - Penduduk di Kampung Zarozje, dekat bandar Bajina Basta, Serbia percaya terdapat puntianak yang menghisap darah sedang berkeliaran dan mereka kini hidup dalam ketakutan.
Seorang anggota majlis tempatan memberi amaran kepada penduduk kampung itu supaya membawa bawang putih di dalam saku dan lambang salib di bilik rumah mereka bagi mengelak kehadiran puntianak.
Mereka kini dilanda ketakutan tentang kehadiran puntianak legenda yang bernama Sava Savanovic.
"Kisah Savanovic merupakan satu legenda tetapi beberapa perkara ganjil telah berlaku sejak kebelakangan ini," kata seorang suri rumah, Milka Prokic yang memegang bawang putih di tangannya.
"Kami mewarisi legenda itu daripada nenek moyang dan kami menghidupkannya untuk generasi muda," tambahnya yang berusia 55 tahun.
Kewujudan puntianak itu berkeliaran di kampung tersebut tersebar selepas sebuah kincir air di Sungai Rogacica di kampung tersebut runtuh beberapa bulan lalu.
Kincir itu dipercayai menjadi tempat tinggal puntianak tersebut.
Justeru, puntianak itu kini berkeliaran selepas kincir air yang menjadi tempat tinggalnya musnah.
Puntianak itu kini marah kerana terpaksa mencari tempat untuk menggantung pakaiannya.
Beberapa penduduk mendakwa mereka mendengar bunyi daun-daun kering di hutan dipijak dan suara ganjil datang dari puncak sebuah kawasan pergunungan.
Kawasan pergunungan itu dipercayai menjadi tempat puntianak itu dibunuh dengan pancang tajam yang menembusi jantungnya.
Namun, puntianak tersebut masih hidup dalam bentuk roh seperti menjadi rama-rama.
Beberapa penduduk menyatakan mudah bagi orang di luar kampung itu untuk mentertawakan mereka ekoran kisah tersebut.
"Baru-baru ini, lima orang telah mati selepas seorang demi seorang di dalam komuniti kita" kata seorang anggota majlis perbandaran, Miodrag Vujetic. - Agensi
Friday, November 9, 2012
Kereta 'makhluk asing' jadi perhatian
Kereta 'makhluk asing' jadi perhatian
LONDON 9 Nov. - Peminat kenderaan filem-filem sains fiksyen mungkin tidak dapat 'menahan diri' daripada melahirkan rasa kagum apabila melihat kereta dikenali sebagai 'kenderaan makhluk asing' (ETV) yang direka seorang rakyat Amerika Syarikat (AS).Kereta bertemakan futuristik oleh pereka, Michael Vetter atau lebih dikenali sebagai Kit Car Mike yang diubah suai daripada kereta Chevrolet itu, kini dipamerkan di London Motor Museum, Middlesex.
Kereta bernilai 75,000 pound (RM367,500) itu mempunyai cermin depan sepanjang 1.52 meter dan pintu berbentuk sayap yang boleh dibuka menggunakan kawalan jauh, konsep kereta yang dipopularkan oleh De Lorean melalui filem francais, Back To The Future.
Vetter berkata, beliau telah mereka khas 100 jenis kereta dan kereta ETV itu merupakan yang terbaik daripada segi rupa dan boleh dipercayai.
Beliau memberitahu, sebanyak tujuh kereta tersebut telah direka dan hanya sebuah kini dipamerkan di muzium di London itu.
"Saya terkejut dengan maklum balas awal ketika mula-mula memandu kereta ini kerana lebih ramai orang menunjukkan minat untuk mengambil gambar berbanding apabila saya memandu kereta mewah,'' katanya. - AGENSI
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121110/lu_05/Kereta-makhluk-asing-jadi-perhatian#ixzz2Bn4JxSQC
Lambaian beruang minta makanan
Lambaian beruang minta makanan
DUISBURG, Jerman 8 Nov. - Kebiasaannya, pelanggan akan mengangkat tangan dan melambai ke arah pelayan di sesebuah restoran untuk meminta pesanan atau memerlukan sesuatu.Namun, keadaan itu bukan sahaja dilakukan oleh manusia, malah, seekor beruang di Zoo Duisburg di sini, turut melakukan aksi yang sama untuk meminta makanan.
Beruang yang diberi nama sebagai Huanca itu akan mengangkat tangannya dan melambai ke arah penjaga zoo untuk meminta kacang sebaik sahaja bekalan makanannya habis.
Aksi menarik itu sempat dirakam oleh seorang jurugambar amatur dari Amerika Syarikat (AS), Rainer Paul, 56, baru-baru ini.
Dengan berdiri menggunakan dua kaki belakangnya, aksi beruang berusia lima tahun itu kelihatan sama seperti pelanggan memanggil pelayan di restoran.
"Huanca merupakan seekor beruang yang bijak kerana pandai menyesuaikan diri dan menjadi perhatian pengunjung.
"Beruang itu mempunyai sifat semula jadi yang istimewa," kata Paul. - AGENSI
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121109/lu_05/Lambaian-beruang-minta-makanan#ixzz2BmyIMQrQ
Bas lama dijadikan restoran di China
SHENYANG, China - Sebuah bas lama diubah suai untuk dijadikan restoran yang menyediakan beraneka hidangan makanan panggang di sini sejak sebulan lalu.
Satu pasangan sanggup membeli sebuah bas lama itu pada harga AS$3,206 (RM9,816) untuk dijadikan sebuah restoran.
Beberapa meja kecil untuk meletakkan makanan disediakan di dalam bas tersebut.
Hidangan makanan akan dihantar oleh pelayan untuk para pelanggan restoran unik itu.
Restoran bas itu terletak di sebuah pekarangan kediaman lama. - Agensi
Kerbau terjatuh ke dalam perigi
BEIJING - Seekor kerbau terjatuh ke dalam sebuah perigi di daerah Cangnan, wilayah Zhejiang, timur China kelmarin.
Beberapa anggota bomba dan petani kemudian menyelamatkan kerbau itu yang mempunyai berat lebih 200 kilogram.
Kerbau tersebut ditarik keluar dari perigi itu dengan menggunakan tali.
Haiwan itu terjatuh ke dalam perigi semasa ia meragut rumput.
Pemilik kerbau tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Wang meminta bantuan anggota bomba bagi menyelamatkan haiwannya itu.- Agensi
Russia Has Diamond Source That Could Supply World For Next 3000 Years
Earlier this week, a story appeared in the Christian Science Monitor that reported that Moscow had revealed that it was sitting on an enormous amount of diamonds.
The news had a wild back story. Apparently first discovered in Siberia in the 1970s and kept secret by the Soviet government for decades, the diamonds were found under a "35-million-year-old, 62-mile diameter asteroid crater" that had resulted in diamonds "twice as hard" as normal diamonds, according to Russian new sources quoted by the CSM.
If that wasn't crazy enough, the head of the Novosibirsk Institute of Geology and Mineralogy, Nikolai Pokhilenko, bragged about the value of the diamonds, telling Russian reporters about "trillions of carats" under the surface of Siberia. Pokhilenko even said that they would have enough diamonds to supply the global market for "3,000 years".
The news invariably went viral, with one website saying that the diamonds could be worth $1 quadrillion at current market prices, and arguing that the find could cripple the market value of the gem.
Those in the diamond world were shocked. "Holy s---", is how Dustin Chalchinsky, a geological specialist for Eurostar Belgium, one of world's top loose gem companies, decribed his reaction. "This can't be real. This is almost science fiction."
Chalchinsky went on to write a comment on Reddit that explaining just how unlikely the asteroid scenario was. "It seems extraordinarily unlikely," Chalchinsky told Business Insider in a phone interview. "But extraordinarily unlikely things do happen."
Well apparently they do, but apparently there's a catch. National Jeweler has been able to get in contact with Alrosa, the Russian mining giant, who confirmed that the huge diamond deposit really does exist. Unfortunately, the diamonds are not jewelry quality, a spokesperson for Alrosa said, and while they could feasibly be used for industrial purposes, they are located in an area without good infrastructure and it would not prove cost efficient to mine for them when low-grade, industrial-use diamonds can be made in labs more cheaply.
So yes, the story of "trillions of carats" of diamonds underneath an asteroid crater is a remarkable story. But no — it is not going to make your engagement ring any cheaper.
Tuesday, November 6, 2012
Ecuador rancang bina menara tertinggi dunia
|
QUITO - Ecuador merancang membina sebuah menara setinggi 1.6 kilometer sekali gus menjadi bangunan tertinggi di dunia.
Timbalan Gabenor Quito, Marcela Costales berkata, selain menarik ramai pelancong, menara itu akan menjadi simbol penghormatan kepada budaya penduduk pribumi, Quitu-Cara.
Menara tersebut dilaporkan menelan kos AS$200 juta (RM612.3 juta) untuk dibangunkan.
Costales berkata, beberapa pelabur asing dari Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah serta Qatar telah melawat Ecuador dan berminat untuk melabur dalam pembinaan itu.
Sehingga kini, Burj Khalifa di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu diiktiraf sebagai bangunan tertinggi dunia dengan ketinggian 828 meter.
Sementara itu, pendokong utama pembinaan menara yang termasuk dalam Quito ialah gabenor wilayah Pichincha, Gustavo Baroja.
Katanya, pembinaan bangunan paling tinggi itu akan dinamakan sebagai Menara Matahari.
"Kami mahu ia menjadi satu ikon global yang mencerminkan siapa diri kami," kata Baroja. - AFP
sumber http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1107&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm
Monday, November 5, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)